fbpx

Wanita ditahan jual senjata api tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita ditahan Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ekoran memiliki serta menjual senjata api tiruan kelmarin. - Foto IHSAN POLIS

KOTA KINABALU – Seorang wanita ditahan Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ekoran memiliki serta menjual senjata api tiruan kelmarin.

Dalam penahanan sekitar pukul 2.30 petang itu, wanita berumur 37 tahun berkenaan ditahan dalam sebuah premis di pekan Papar.

Ketua JSJ Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd. Rahim berkata, hasil pemeriksaan di premis menemui 12 senjata api tiruan pelbagai jenis.

“Antaranya ialah laras Automatik Rifle M416, Airsoft Gun Combat Master, Airsoft Gun Glock, Airsoft Gun 731B, M17, C11, dan Airsoft Gun C.1.

“Turut ditemui tujuh botol berisi peluru pelbagai jenis dan warna,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Azmi, siasatan lanjut mendapati suspek mengaku memiliki senjata api tiruan terbabit.

“Suspek wanita berkenaan turut mengaku tidak mengetahui akan kesalahan memiliki senjata api tiruan dan menjual di kawasan itu disebabkan mempunyai permintaan yang tinggi.

“Memiliki senjata api tiruan tetap menjadi satu kesalahan undang-undang walau atas apa alasan sekalipun,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, suspek dan barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI