fbpx

[VIDEO] Puasa tidak ‘dikira’, jika tinggal solat – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Solat merupakan tiang agama dan ia adalah amalan paling awal akan ditanya di akhirat kelak. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

PETALING JAYA – Puasa seseorang tidak dikira dan tidak diterima sekiranya individu tersebut tidak menunaikan solat.

Ini kerana kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, solat merupakan tiang agama dan ia adalah amalan paling awal yang akan ditanya di akhirat kelak.

“Kalau puasa tapi tak sembahyang tidak dikira puasanya. Ini kerana yang dikira adalah sembahyang (solat) dahulu.

“Nabi kata tiang-tiang agama adalah sembahyang (solat). Awal-awal amal yang akan ditanya pada seorang manusia di akhirat adalah sembahyang dahulu,” katanya pada sesi kuliah di sebuah masjid baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, ‘mahzab’ sesat dan pelik seperti ini banyak dilakukan masyarakat sekarang.

“Puasa tak sembahyang (solat) ini ramai yang terlibat dengan mazhab baru ini. Tak sembahyang tapi puasa pun ada juga.

“Tapi paling ‘jahat’ sekali, tak sembahyang, tak puasa, tapi raya. Siap spek (kacamata) hitam, baju raya tiga helai beli,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@abbehae2 Menjamu dan berbuka puasa di jalanan.. Alhamdulillah mereka ini masih dapat makan sedap-sedap berbanding dengan fakir di kampung-kampung yang amat tenat kemiskinannya dan terpaksa bercatu untuk makanan.. #abbehae #jejakjalanan #jagahakAllah ♬ Victory (剪辑版1) – 刘佳兴

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI