fbpx

UCL: Arsenal, Manchester City terima undian ‘maut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Grafik ihsan Arsenal FC

NYON – Misi pasukan Arsenal untuk menjuarai trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama nampak sukar apabila berdepan juara Bundesliga, Bayern Munich pada aksi suku akhir yang akan berlangsung bulan depan.

Pada majlis undian yang berlangsung sebentar tadi, skuad The Gunners yang mengetepikan Porto di peringkat kalah mati akan bertemu Bayern buat kali pertama sejak 2017.

Arsenal sebelum ini berdepan mimpi ngeri apabila tewas kepada Bayern pada peringkat kalah mati UCL musim 2016/2017 dengan keputusan agregat 10-2.

Kini, skuad kendalian Mikel Arteta itu berpeluang membalas dendam dalam usaha meraih slot ke peringkat separuh akhir buat kali pertama sejak edisi 2009.

Sementara itu, juara bertahan UCL, Manchester City turut berdepan laluan berliku apabila berdepan juara 14 kali, Real Madrid pada kelompok lapan pasukan terbaik nanti.

City kini dalam usaha menjadi kelab pertama selepas Real untuk mempertahankan kejuaraan berprestij Eropah yang telah dimenangi pada tahun lalu manakala The Galacticos pula mempunyai misi untuk bergelar juara 15 kali.

Aksi suku akhir UCL akan berlangsung pada 9 dan 16 April depan dengan final kali ini akan dilangsungkan di Stadium Wembley. – KOSMO! ONLINE

UNDIAN PENUH

Arsenal lwn Bayern Munich
Atletico Madrid lwn Borussia Dortmund
Real Madrid lwn Manchester City
PSG lwn Barcelona

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI