fbpx

Semangat berperahu ke masjid untuk tarawih walaupun banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penduduk mendayung sampan ke masjid bagi menunaikan solat tarawih.

PETALING JAYA – Tular satu klip video memaparkan segelintir penduduk tetap bersemangat untuk ke masjid bagi menunaikan solat tarawih meskipun dilanda banjir di Kampung Seberang, Jambi, Indonesia, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian @aqilfanda di TikTok, Wilayah Jambi yang terletak di antara Riau dan Palembang Sumatra itu dikatakan sudah dua bulan dilanda kejadian air pasang surut bermula Januari lalu.

Bagaimanapun, kelihatan ruangan solat masih lagi terselamat daripada banjir walaupun pekarangan masjid dan kediaman mereka sudah ditenggelami air.

Malah, situasi itu tidak mematahkan semangat penduduk untuk tetap menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid tersebut.

“Penduduk di sini mendayung sampan kemudian meninggalkannya di pelabuhan kayu yang dibina di hadapan masjid.

“Mereka juga bergotong-royong untuk membina jambatan sementara dan pelabuhan kecil untuk memudahkan pergerakan mereka ke masjid,” katanya di ruangan kapsyen video.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna di ruangan komen teruja dengan keunikan suasana bulan Ramadan yang dihidupkan oleh penduduk di sana.

“Seronoknya suasana dekat sini, walaupun dah tahun 2024, masih wujud lagi kampung sebegini, mesti seronok suasana hari raya di sini.

“Betul-betul menghidupkan ciri-ciri kemelayuan yang klasik dan tradisional, teringin nak rasai suasana Ramadan di sana,” ujar Kak Siti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI