fbpx

Ramai sedih dekorasi hari raya di pusat beli-belah ‘asal boleh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar yang tular dekorasi Hari Raya Aidilfitri di pusat beli-belah terkemuka yang dikongsi pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Beberapa pengguna media sosial meluahkan rasa sedih dengan perhiasan ataupun dekorasi sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di pusat beli-belah terkemuka terlalu sederhana.

Malah, orang ramai juga menyifatkan dekorasi yang digunakan hanya ‘asalkan ada’ dan tidak semeriah perayaan-perayaan lain yang disambut di negara ini.

Tinjauan di media sosial mendapati antara pusat beli-belah dengan dekorasi sederhana yang menjadi bualan ialah di Suria Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Pavillion, Kuala Lumpur.

“Nampak macam tak ada usaha dan terpaksa nak buat perhiasan untuk hari raya,” kata Haziq.

“Sangat hambar kalau nak dibandingkan dengan perhiasan semasa Tahun Baharu Cina tahun ini,” kata Faizah.

“Sebelum ini nampak strukturnya besar betul, tapi bila dah siap macam mengecewakan,” kata Am.

“Mungkin kena datang malam, biasa perhiasan begini akan ada lampu-lampu dan lebih cantik tengok masa malam,” kongsi Zikri.

Bagaimanapun, dalam satu ruangan komen di laman rasmi Facebook Suria KLCC memaklumkan bahawa replika bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri itu masih dalam proses persiapan.

“Sila ambil perhatian bahawa hiasan raya (Aidilfitri) kami masih dalam proses. Sila datang sekali lagi ke Suria KLCC untuk melihat rupa terakhir replika pelita terbesar 50 kaki di Malaysia,” tulisnya di ruang komen.

Sebelum ini, Suria KLCC pernah mencipta rekod apabila replika ketupat gergasi telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI