fbpx

Pelaburan RM13.67 bilion di Pulau Pinang tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) pada majlis penghargaan bagi syarikat terlibat program COE, NCER Technology Innovation Centre di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) merekodkan pelaburan bernilai RM13.67 bilion di Pulau Pinang, melibatkan penawaran lebih 14,000 peluang pekerjaan, tahun lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jumlah memberangsangkan itu menjadi bukti keyakinan pelabur terhadap prospek jangka masa panjang yang ditawarkan di Pulau Pinang dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) secara amnya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada NCIA kerana membantu memudah cara pelaburan, sekali gus menyokong pertumbuhan pelaburan yang dicatatkan oleh Pulau Pinang pada tahun lalu.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan usaha NCIA untuk meningkatkan lagi daya tarikan Pulau Pinang kepada pelabur, melangkaui sektor utama seperti elektrik dan elektronik (E&E) dan jentera dan peralatan (M&E), khususnya dalam pembangunan teknologi serta bakat berkemahiran,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow menghadiri majlis penghargaan bagi syarikat yang terlibat dalam program Centre Of Excellence (COE), NCER Technology Innovation Centre (NTIC) selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pulau Pinang.

Menurut Kon Yeow, program seperti Pusat Inovasi Teknologi NCER (NTIC) bermatlamat untuk memperkukuh ekosistem perindustrian serta bakat bagi mencipta aktiviti yang inovatif dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Ini juga meningkatkan rantaian nilai kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang mana ia bakal mengukuhkan lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah hab teknologi dan inovasi di rantau ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan berkata, pada tahun lalu, program pembangunan bakat berteraskan rakyat NCER juga telah memberi manfaat kepada lebih 4,955 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Sejak dilaksanakan pada 2019, ia mewujudkan lebih 16,100 peluang pekerjaan di Pulau Pinang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI