fbpx

Liga Europa: Liverpool, Bayer Leverkusen bertemu di pentas final?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto ihsan AFP

NYON – Peluang untuk Liverpool menjulang kejuaraan quadruple pada musim ini nampak cerah selepas diundi bertemu dengan kelab Serie A, Atalanta pada aksi suku akhir Liga Europa yang akan berlangsung April depan.

Pada majlis undian sebentar tadi, skuad The Reds yang dikendalikan oleh Jurgen Klopp berjaya mengelakkan beberapa kelab besar seperti AC Milan, AS Roma dan Bayer Leverkusen.

Atalanta boleh dianggap pasukan yang mudah buat Liverpool memandangkan kedudukan kelab itu dalam kancah Serie A ketika ini tidak begitu konsisten apabila menduduki tangga keenam.

Sementara itu, Milan pula diundi menentang Roma pada aksi ‘derbi Serie A’ manakala Leverkusen dijadualkan menentang satu lagi wakil Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham.

Sekiranya berjaya melepasi halangan masing-masing termasuk cabaran separuh akhir, Liverpool berpotensi bertemu dengan Leverkusen di pentas final.

Situasi ini sekali gus menyaksikan pertembungan ikonik bekas pemain The Reds, Xabi Alonso yang kini menjadi pengendali Leverkusen selain dikaitkan dengan perpindahan selaku pengurus baharu Liverpool musim depan. – KOSMO! ONLINE

UNDIAN PENUH

Benfica lwn Marseille
Bayer Leverkusen lwn West Ham
Liverpool lwn Atalanta
AC Milan lwn Roma

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI