fbpx

Garis panduan kenaikan gaji tahunan Dasar Gaji Progresif dikeluar Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, garis panduan kenaikan gaji tahunan dijangka diterbitkan pada Mei ini sebelum pelaksanaan projek rintis Dasar Gaji Progresif dilaksanakan.

Jelas Rafizi, projek rintis Dasar Gaji Progresif akan dilaksanakan pada bulan Jun hingga Ogos nanti.

“Bagi memastikan projek rintis ini berjalan dengan lancar, empat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif sudah diwujudkan dan sedang melaksanakan gerak kerja untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.

“Jawatankuasa tersebut iaitu Jawatankuasa Kerja Dasar Gaji Progresif, Jawatankuasa Pembangunan Sistem, Jawatankuasa Peningkatan Kemahiran dan Produktiviti dan Jawatankuasa Kerja Panduan Kenaikan Gaji Tahunan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang ingin mengetahui mengenai garis panduan kenaikan gaji tahunan untuk pendaftaran syarikat projek rintis, selaras dengan garis masa Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif.

Tambah Rafizi, Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sistem pula bertanggungjawab dalam pembangunan sistem pendaftaran dan pemilihan syarikat yang akan menyertai Dasar Gaji Progresif.

Sementara itu, Jawatankuasa Peningkatan Kemahiran dan Produktiviti pula memastikan diwujudkan pembangunan modul latihan dan peningkatan kemahiran.

“Jawatankuasa ini diketuai oleh HRD Corporation dan sedang menyediakan modul latihan yang bersesuaian dengan syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Berdasarkan modul yang sudah disediakan, terdapat 73 peratus kursus yang berdaftar merangkumi latihan bukan teknikal seperti bidang pengurusan, komunikasi, penyeliaan dan liguistik, selebihnya 27 peratus adalah kursus teknikal, bukan itu sahaja, terdapat 2,000 latihan secara dalam talian (e-Latih) secara percuma juga disediakan,” katanya.

Beliau menjelaskan syarikat PMKS yang menyertai Dasar Gaji Progresif akan diberikan bantuan yang berteraskan insentif seperti yang digariskan di dalam ciri-ciri asas Dasar Gaji Progresif.

“Kerajaan akan membiayai kos untuk semua syarikat yang menyertai Dasar Gaji Progresif melalui insentif tunai,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI