fbpx

Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMERON HIGHLANDS yang terkenal dengan ladang teh dan strawberi antara lokasi tumpuan rakyat Malaysia bercuti.

PUTRAJAYA – Pusat peranginan tanah tinggi, Cameron Highlands di Pahang dinobatkan antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2024.

Perkara itu diumumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sempena sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024, di sini hari ini.

Kor Ming berkata, Cameron Highlands dipilih berdasarkan garis panduan ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya, pemilihan itu dibuat hasil persepsi dan perasaan penduduk di tanah tinggi itu bukannya dinilai oleh persepsi pihak ketiga.

“Tapi bagi saya yang penting perasaan penduduk sendiri dimana mereka rasa gembira tinggal di sana selain beberapa faktor lain.

“Daripada segi persepsi mungkin ada isu alam sekitar, penerokaan dan lain-lain, namun mungkin penduduk di sana rasa syok menetap di situ dengan cuaca sejuk sekali gus membuat mereka gembira.

“Daripada segi pendapatan pula, ada ramai golongan T20 dan M40 di sana jadi, tahap pendapatan mereka juga boleh buat mereka rasa gembira dan bahagia,” katanya.

Bandar-bandar lain dalam kategori sama termasuk Jeli, Kelantan; Jerantut, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Kulai, Johor; Lenggong, Perak; Bandaraya Melaka Bersejarah, Melaka; Petaling Jaya, Selangor; Port Dickson, Negeri Sembilan dan Rompin, Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI