fbpx

All England: Pearly-Thinaah tersekat di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kiri) dan Thinaah menampilkan aksi cukup bertenaga di All England sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Impian beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton All England tidak kesampaian apabila mereka tewas ketika berdepan gadingan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto sebentar tadi.

Pada pertembungan suku akhir di Utilita Arena, Birmingham itu, Pearly-Thinaah menampilkan perlawanan cukup agresif apabila hanya memerlukan 16 minit untuk mencatat kemenangan 21-11 pada set pertama ke atas gadingan Jepun tersebut.

Bagaimanapun, pada set kedua Pearly-Thinaah dilihat telah mensia-siakan peluang untuk menamatkan perlawanan tersebut lebih awal selepas gagal menyerap tekanan ke atas lawannya itu sebelum tewas 18-21.

Pasangan negara itu yang menghuni tangga ke-15 dunia dilihat cuba bangkit pada set ketiga perlawanan, namun gagal menyekat kebangkitan pasangan Jepun itu sebelum tumpas 21-11, 18-21, 18-21 dalam tempoh satu jam 13 minit.

Lebih mengecewakan ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Pearly-Thinaah ke atas pasangan Jepun itu selepas sebelum ini mereka tewas sewaktu Jepun Masters pada November tahun lalu.

Semalam, Pearly-Thinaah melakar kejutan terbesar apabila menumbangkan pasangan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dengan kemenangan straight set 22-20, 21-16 dalam tempoh 49 minit. -KOSMO Online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI