fbpx

23 kes strok haba direkod, dua kes baharu di Sabah, Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly bersama timbalannya, Datuk Lukanisman Awang Sauni ketika mengadakan sesi walkabout pada majlis pelancaran Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2024 di Bazar Ramadan Presint 3, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 23 kes strok haba bagi minggu epidemilogi pertama sehingga ke-11 dengan dua kes baharu direkodkan dii Sabah dan Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dua kes baharu itu dilaporkan pada 10 dan 11 Mac lalu.

Katanya, jumlah itu direkodkan berdasarkan kes yang dilaporkan kepada fasiliti KKM setakat ini.

“Ada dua kes (baharu). Kalau ikutkan keseluruhan untuk strok haba ini, buat masa sekarang kita ada sejumlah 23 kes dan ini berdasarkan (kes) yang datang ke fasiliti kita.

“Jumlah (kes strok haba) ada di semua negeri, di Kedah, Perak, Selangor, Sabah, Perlis dan Pahang buat masa sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Pelancaran ‘Kick-Off’ Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024 yang disempurnakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr. Muhammad Radzi berkata, buat masa ini semua kes yang dilaporkan tidak serius dan berada dalam keadaan baik.

“Bagaimanapun, hanya satu kes dilaporkan berada dalam keadaan agak serius yang membabitkan seorang individu yang kini masih menerima rawatan di Langkawi, Kedah.

“Apa yang penting sekarang ini mengenai strok haba adalah sesuatu yang kita dapat elakkan dan formulanya senang sahaja iaitu kita perlu mengelakkan terdedah kepada haba terbabit.

“Katakanlah kita terpaksa juga pergi (keluar), anda kena mengambil langkah sebaiknya seperti pakai payung, pakai baju yang menutupi badan semuanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI