fbpx

Tolak gula : Perkeso belanja RM300 juta buat pesakit diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim ketika sidang akhbar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia memandang serius masalah penyakit diabetes dalam kalangan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selepas berbelanja hampir RM300 juta bagi rawatan penyakit berkenaan.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, sebagai contoh melalui program saringan kesihatan Perkeso dimulakan sejak 2013, kira-kira sembilan peratus yang disaring ada penyakit diabetes.

“Tetapi selepas 10 tahun kita dapati, ia meningkat kepada 19.9 peratus atau hampir 20 peratus,” katanya ketika sidang akhbar Sambutan Hari Wanita Kesuma dan Karnival Kerjaya Wanita Perkeso 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Jelasnya, kerajaan juga telah membelanjakan hampir RM300 juta untuk program dialisis dan sebagainya.

Kos meningkat beberapa tahun lalu yang mana melibatkan RM20 juta hingga RM30 juta setahun.

“Memandang keseriusan isu ini, Perkeso dan Kementerian Kesihatan menganjurkan kempen tolak gula kepada pencarum agar mereka mengamalkan gaya hidup sihat,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan Steven Sim berkata, sebanyak 59.59 peratus daripada seramai 175,526 pekerja dikesan memiliki masalah berkaitan kolesterol tinggi (hypercholesterolemia).

Seterusnya, 23.52 peratus berdepan masalah berat badan berlebihan atau obesiti, 20.45 peratus berdepan dengan darah tinggi (hypertension) dan 19.91 peratus lagi menghidap penyakit kencing manis atau diabetes.

Jelasnya, saringan kesihatan itu dilakukan sepanjang 2023 hingga Februari lalu terhadap pekerja berusia 40 tahun keatas. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI