fbpx

Seluruh England: Zii Jia singkir bekas juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA perlu memberi kata putus sebelum pendaftaran pemain untuk saingan Piala Thomas 2024 ditutup 13 April ini.

KUALA LUMPUR – Aksi meyakinkan mengiringi perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Seluruh England selepas menyingkirkan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham sebentar tadi, pemain No.10 dunia itu menguasai sepenuhnya permainan bagi mencatat kemenangan straight set 21-15, 21-12 dalam tempoh 32 minit.

Aksi ditampilkan juara Seluruh England 2021 itu nyata berbeza jika dibandingkan dengan prestasi sebelum ini apabila bermain secara agresif dan tidak mensia-siakan peluang melakukan serangan.

Untuk rekod, Zii Jia kini sudah mencatat enam kemenangan dalam lapan pertemuan menentang Kean Yew dengan tiga perlawanan terakhir turut memihak kepada pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

“Kean Yew tidak berada pada prestasi terbaik hari ini tetapi saya tetap gembira dengan kemenangan ini. Minggu lepas (Terbuka Perancis) memang kecewa, jadi saya cuba memperbaiki kelemahan dan dapatkan semula keyakinan,” kata Zii Jia kepada BWF.

Menjelang aksi suku akhir esok, Zii Jia akan menantikan pemenang antara pemain No.3 dunia dari Denmark, Anders Antonsen dan pemain India, Lakshya Sen yang turun membuat perhitungan sebentar lagi.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa dua beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Tang Jie-Ee Wei dikejutkan dengan kekalahan tiga set 21-17, 19-21, 16-21 kepada beregu No.15 dunia dari Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek manakala Kian Meng-Pei Jing tewas 17-21, 11-21 kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI