fbpx

Ruhainies harap Bella Astillah, Aliff Aziz tak berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES berharap Bella tidak meneruskan hasrat untuk berpisah dengan Aliff.

PETALING JAYA – “Saya berharap dia (Bella) dan Aliff tidak akan berpisah.”

Demikian kenyataan pelakon Ruhainies yang berharap Bella Astillah tidak meneruskan hasrat untuk berpisah dengan suaminya, Aliff Aziz selepas rentetan kes dicekup berkhalwat dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah baru-baru ini.

Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, memohon maaf atas kekhilafan selain mahu berbincang dengan Bella demi menjaga hubungan baik sebagai rakan.

“Saya ingin memohon maaf kerana membiarkan perkara ini berlarutan tanpa kenyataan dan menyebabkan beberapa pihak memanipulasikan pelbagai fakta yang tidak benar dan tepat.

“Saya sayangkan persahabatan saya dengan Bella dan berharap dia dan Aliff tidak akan berpisah.

“Saya juga terbuka untuk berbincang dengan Bella apabila dia sudah bersedia,” katanya dalam menerusi Instagram.

Ujar Ruhainies lagi, dia dan Aliff hanyalah rakan yang dikenalinya termasuk ahli keluarga sejak 10 tahun lalu.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya dan Aliff hanya kawan biasa serta bekerjasama dalam drama yang kami bintangi.

“Aliff juga merupakan rakan dan kenalan keluarga saya sejak 10 tahun yang lepas,” ujarnya lagi.

Hari ini, Ruhainies tampil membuka mulut mengenai isu dia dan Aliff diserbu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia adalah bertujuan pertemuan keluarga.

Terdahulu, Bella sudah memfailkan permohonan perceraian terhadap suami, Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sebutan kali pertama berlangsung semalam namun kelibat Aliff tidak kelihatan kerana terikat dengan penggambaran.

Sejak minggu lalu, nama Aliff menjadi bualan hangat selepas ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara awal pagi Sabtu lalu.

Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan dan bakal dibicarakan di mahkamah dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI