GARA-GARA ‘kantoi’ ditangkap khalwat dengan pelakon Aliff Aziz, nama si cantik Ruhainies kini disenarai hitam oleh pemilik rumah produksi popular, Datuk A. Aida.
Kata A. Aida, tiada lagi nama Ruhainies daripada membintangi drama terbitan syarikatnya.
Penerbit itu enggan lagi bekerjasama dengan wanita genit itu walaupun pernah menjadi pelakon kesayangannya suatu ketika dulu.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, A. Aida turut meluahkan perasaan sebak mengenangkan nasib isteri Aliff, Bella Astillah yang tidak putus ditimpa ujian.
Ramai menyokong prinsip produser sensasi itu yang tidak berkompromi dengan perbuatan tidak betul segelintir pelakon.
Harapnya mana-mana penggiat seni lain mahupun peminat juga tidak akan mempersoalkan kenyataan A. Aida kerana dia hanya menyuarakan pilihan serta prinsip peribadinya.
Orang ramai pun jangan berlebih-lebihan melontarkan komen. Tunggu saja ke dibawa ke mahkamah.
Mizz Lahar: Ada pelakon wanita berani kacau kekasih kawan sendiri.