fbpx

Minyak sawit harus dapat layanan adil – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Canselor Jerman yang juga Menteri Ekonomi dan Tindakan Iklim Jerman, Dr Robert Habeck ketika lawatannya di Berlin

PETALING JAYA – Malaysia menggesa Jerman untuk melihat pendekatan lebih inklusif berkaitan eksport minyak sawit ke Eropah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jerman juga diminta untuk mengutamakan langkah-langkah yang telah dibuat oleh Malaysia bagi memastikan pembangunan lestari bagi pengeluaran minyak sawit.

Perkara itu disampaikan ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Canselor Jerman yang juga Menteri Ekonomi dan Tindakan Iklim Jerman, Dr Robert Habeck ketika lawatannya di Berlin.

“Kami membincangkan soal kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara melibatkan penyertaan syarikat-syarikat besar di Jerman untuk membuat pelaburan di Malaysia.

“Malaysia juga mengalu-alukan sokongan Jerman dalam pembangunan kapasiti, terutama bagi inisiatif peralihan tenaga,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Anwar berkata, pihaknya turut menyentuh soal Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA), kerjasama dalam pembangunan kapasiti dan kepakaran, khususnya Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Turut dibincangkan ialah berkenaan program pertukaran tenaga pekerja (exchange of partnership in workforce) di antara syarikat sertainstitusi Malaysia dan Jerman.

“Kami juga bertukar pandangan terkait soal geopolitik termasuk isu melibatkan Ukraine, Palestin dan Myanmar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI