fbpx

Kerajaan tiada kuasa sekat kandungan aplikasi TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi berucap pada majlis peluncuran penyelesaian E-Farmasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Elektronik Generasi Baharu di Universiti Multimedia (MMU), hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

CYBERJAYA – Kerajaan mahupun Kementerian Komunikasi tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana akaun atau kandungan di aplikasi TikTok.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, aplikasi media sosial itu bukan hak milik kerajaan dan jika sesuatu kandungan diturunkan sekali pun ia bukan di bawah arahannya.

Beliau berkata, jika Suruhanjaya Multimedia Malaysia (MCMC) memohon supaya kandungan itu diturunkan sekali pun, kuasa sebenar masih tertakluk kepada platform aplikasi media sosial itu.

“Sebagai contoh, walaupun TikTok diminta untuk menurunkan sesuatu kandungan tetapi tidak semestinya platform itu akan menurunkannya.

“Jika kandungan itu diturunkan sekali pun, ia tidak akan dimaklumkam kepada kami (MCMC),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran E-Farmasi: Penyelesaian Digital untuk Pusat Penjagaan Kesihatan Generasi Seterusnya di Universiti Mutimedia, di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat melahirkan rasa tidak puas hati dengan jawapan diberikan Fahmi mengenai isu sekatan kandungan TikTok itu.

Fahmi berkata, Radzi beranggapan seolah-olah beliau tidak menjawab soalan diberikan mengenai beberapa kandungan yang dimuatnaik telah disekat.

“Di dalam dewan sewaktu kita menggulung kebiasannya bersifat dinamik walaupun ditanya empat atau lima soalan kadang-kadang jarang dijawab semuanya.

“Beliau (Radzi) mungkin masih berasa panas hati dan beliau juga sudah membuat TikTok baharu, maka saya mengambil kesempatan ini untuk jelaskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI