fbpx

Coldpay bakal kembali adakan konsert di Malaysia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Coldplay

PETALING JAYA – Penganjur konsert Colplay, GoLive Asia telah memuat naik sebuah Instagram Story yang menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat kumpulan tersebut, semalam.

Instagram Story dengan kapsyen ‘adakah mereka akan kembali semula’ itu telah membuatkan peminat kumpulan rock alternatif British itu teruja, lebih-lebih lagi mereka yang tidak berkesempatan untuk membeli tiket konsert tersebut, tahun lepas.

Tinjauan Kosmo! di aplikasi X mendapati rata-rata peminat menunggu kedatangan kumpulan tersebut dan sanggup menabung dari sekarang sekiranya berita tersebut benar.

“Kali ini, saya tidak akan terlepas konsert Coldplay. Baik menabung dari sekarang,” kata Bubu.

“Yang mana sudah pergi tu, berilah peluang pada orang lain pula pergi,” kata Intan.

“Tidak mahu berharap, tapi tetap berharap,” kata Alia.

Bagaimanapun, hantaran Instagram Story oleh GoLive Asia itu telah dipadam beberapa jam kemudian.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, konsert The Music of the Spheres World Tour yang dijayakan oleh kumpulan Coldplay di Kuala Lumpur pada 22 November tahun lalu mencatat sejarah apabila menerima jumlah penonton paling ramai sepanjang mereka mengadakan persembahan.

Menurut laman X Coldplay Chart, konsert tersebut berjaya mengutip jualan sebanyak 81,812 tiket.

Konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut mencapai keuntungan kasar melebihi RM51 juta hanya untuk satu malam sahaja.

Selain itu, konsert kumpulan tersebut turut mencatatkan sejarah apabila berjaya mengutip keuntungan sebanyak RM66 juta di Indonesia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI