fbpx

Bakal timang cahaya mata kedua lelaki, Uyaina, suami elak membazir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN Uyaina Arshad dan Raja Syahiran tidak kisah untuk menggunakan semula barang atau pakaian bayi yang amsih boleh digunakan untuk anak kedua mereka yang bakal dilahirkan pada Mei nanti. Foto SYAKIR RADEN

KUALA LUMPUR – Pengacara Uyaina Arshad dan suami, iaitu penyanyi Raja Syahiran yang dijangka bakal menimang cahaya mata lelaki kedua mereka pada Mei nanti, tidak kisah untuk memakai semula kelengkapan bayi, termasuk pakaian lama anak sulungnya, Raja Urhan bagi mengelak pembaziran.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, ketika ditemui berkata, dia dan juga suami tidak kisah ‘mengitar’ semula barangan lama yang digunakan untuk anak sulung mereka jika masih elok dan boleh digunakan, termasuk pakaian.

“Kami akan pakai apa sahaja yang masih elok dan boleh digunakan. Mana yang boleh kami jimat, kita akan jimat.

“Lagi pun, kebanyakan baju yang dipakai Urhan adalah dari turun temurun daripada anak saudara saya dan suami.

“Kami tidak kisah pun guna semula barang atau baju lama kerana tidak mahu membazir,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ketika ditanya tentang perasaan mereka apabila bakal menimang cahaya mata kedua yang juga bayi lelaki, Uyaina dan Syahiran tidak kisah soal jantina bayi kedua mereka itu, asalkan anaknya itu nanti sihat dan sempurna.

“Saya bersyukur apabila bakal menimang cahaya mata kedua yang juga bayi lelaki. Tak kisah pun sebenarnya.

“Insya-Allah, saya harap dapat jadi bapa dan pemimpin yang baik untuk anak-anak saya nanti,” kata Syahiran.

Sebagai ibu, pengacara program Wanita Hari Ini itu juga tidak kisah dikurniakan cahaya mata keduanya yang juga bayi lelaki kerana dia juga mempunyai dua orang abang dalam adik beradiknya.

“Macam saya sendiri juga tidak kisah dengan jantina anak. Asalkan sihat, sempurna akal dan fizikal, itu sudah cukup buatkan kami bahagia.

“Untuk jantina anak kedua kami ini, hanya saya sahaja yang tahu, suami tidak. Bila saya tahu bakal timang cahaya mata lelaki, saya tidak kecewa pun sebab dalam adik beradik sendiri, saya ada dua orang abang dan seorang kakak.

“Syahiran pula cuma ada dua orang adik beradik sahaja, iaitu dia dan seorang kakak,” kata Uyaina.

Terdahulu, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan kini berusia dua tahun.

Sekitar Mei tahun lalu, Uyaina pernah mengalami keguguran ketika kandungan dianggarkan berusia antara dua hingga tiga bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI