PETALING JAYA – Orang ramai mengucapkan tahniah kepada usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Boss James yang berjaya berpuasa pada hari pertama Ramadan.
Walaupun berada di luar negara, Boss James tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kejayaan beliau berpuasa menerusi sebuah video di laman TikTok, semalam.
Difahamkan, ini merupakan tahun ketiga pempengaruh berbangsa Cina itu berpuasa.
“Alhamdulillah, sekarang pukul 6.40 petang. Saya berjaya (berpuasa) sampai ke penghujung.
“Seharian saya ‘ride’ bersama rakan-rakan di Taiwan. Tidak boleh makan, tidak boleh minum dan terpaksa hadapi cuaca yang tidak menentu,” katanya.
Dalam ruangan komen, beliau turut berkongsi tangkap layar cuaca semasa di Taiwan yang mencatatkan suhu pada dua darjah Celsius.
“Benarlah, Ramadan benar-benar mengajar kita untuk bersabar dalam pelbagai bentuk.
“Syukur, berjaya puasa hari pertama. Orang lain, jangan malas pergi solat tarawih,” pesannya.
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai memuji usaha Boss James yang terus berpuasa setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Malah, ramai juga yang mendoakan agar pintu hidayah dibuka untuk pempengaruh terkenal itu.
“Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya,” kata Nini.
“Puasa mengajar kita untuk bersyukur dengan apa yang ada. Tahniah Boss James,” kata Nazirah.
“Tahniah Boss James, permulaan yang baik pada tahun ini,” kata Sharina.
Kini, video tersebut telah menerima 102,700 tanda suka dan 887,700 tontonan. – KOSMO! ONLINE
@bossjames_oe Syukur, ke garisan penamat 🤲🏻 #bossjames #berjayamegamotors #kongsicerita ♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami