fbpx

Titip nasihat istiqamah, netizen mahu Neelofa kembali ke MeleTOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa berkata kunci kepada pintu mencari jalan Allah adalah ilmu, selain memperkasakan diri untuk terus melakukan kebaikan.

PETALING JAYA – Perkongsian pengacara dan usahawan popular Neelofa buat orang ramai yang masih dalam proses berubah ke jalan lebih baik mengundang keterujaan netizen.

Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor, 35, berkata, kunci kepada pintu mencari jalan Allah adalah ilmu, selain memperkasakan diri untuk terus melakukan kebaikan.

“Hidayah itu datang kepada semua orang, tinggal lagi kita sendiri mahu rebut atau tidak sahaja.

“Istiqamah itu berat, ringan itu istirehat tetapi paksalah diri untuk terus berbuat baik.

“Carilah ilmu kerana ilmu itulah kunci kepada Hidayah,” ujarnya ketika menjadi hos jemputan program MeleTOP Moreh bersama Nabil.

Menariknya, kemunculan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu menemani Nabil meraih pelbagai respons positif netizen.

Semakan Kosmo! Online menerusi ruangan komen, rata-rata netizen kagum terhadap perkongsian ilmiah Neelofa selain meminta ibu kepada dua anak itu kembali menjadi hos tetap program tersebut.

“Ya Allah kagum betul dengan tutur kata Neelofa sekarang, sesuai jemput dia untuk bulan Ramadan ini, banyak perkongsian,” demikian komen seorang netizen.

“Mohon Neelofa kembali mengendalikan Meletop bersama Nabil, kimia dan keserasian kalian memang tidak perlu dibuat-buat, memang menjadi,” demikian komen seorang netizen lagi.

Terdahulu, pada tahun 2019, Neelofa mengejutkan khalayak apabila mengumumkan pengundurannya sebagai hos selepas tujuh tahun mengendalikan program bual bicara infotainment terbitan Astro itu.

Neelofa mula mengendalikan MeleTOP pada 30 Oktober 2012 bersama rakan pengacara juga pelawak popular, Nabil Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI