fbpx

Tiada kerja tetap, rumah punca tidak ambil anak di maahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar tahfiz dan bapanya bertemu selepas lama tidak berjumpa di Kota Bharu tiga hari lalu.

PETALING JAYA – Penantian seorang pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Al Uzma, Kota Bharu untuk dijemput pulang bapanya sejak hampir setahun lalu berakhir apabila lelaki itu melawatnya baru-baru ini.

Pengasas maahad tahfiz itu, Mohd. Romuza Abd. Ghani berkata, lelaki berusia 49 tahun itu datang pada pukul 10 malam.

Pertemuan penuh beremosi antara dua beranak tersebut berlangsung kira-kira sejam.

Katanya, pertemuan itu me­ninggalkan kesan yang positif kepada pelajar berkenaan kerana dia dilihat lebih bersemangat apabila mendapat peluang bercakap dengan bapanya.

“Lelaki itu memaklumkan dia tidak mempu­nyai pekerjaan tetap dan tem­pat tinggal. Adakalanya dia menum­pang di rumah orang dan su­rau. Dia juga tidak mempu­nyai telefon bimbit untuk dihubungi.

“Dia hanya mengetahui tentang kea­daan anaknya itu selepas dibe­ritahu oleh kawan-kawan,” katanya kepada Kosmo!.

Difahamkan, sepanjang menuntut di maahad tahfiz tersebut, pelajar lelaki berkenaan baru sekali pulang beraya selepas dijemput bapanya pada raya Aidilfitri dan Aidiladha tahun lepas.

Disebabkan ketiadaan tempat tinggal, remaja itu hanya pulang dua hari walaupun diberikan cuti selama ­seminggu.

“Selepas menghantar anak­nya, lelaki itu sudah tidak dapat dihubungi lagi kerana nombor te­lefonnya sudah tidak aktif,” ujarnya.

Dalam pada itu Mohd. Romuza memberitahu, lelaki tersebut berjanji akan membawa pulang anaknya pada cuti persekolahan yang akan datang, namun buat masa sekarang, keadaannya masih tidak mengizinkan untuk berbuat demikian.

Bapanya turut berhasrat untuk mempertemukan pelajar lelaki itu dengan dua lagi adiknya pada bulan Ramadan ini, namun perkara itu masih dalam perancangan.

“Dia sedang berusaha untuk melunaskan rancangan itu,” katamya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI