BIARPUN ada yang mendakwa pasangan sensasi Indonesia, Ria Ricis dan Teuku Ryan mahu membatalkan niat untuk bercerai, ternyata perkara tersebjut sekadar khabar angin.
Pada 7 Mac lalu kes permohonan perceraian yang diajukan Ria dibentangkan di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, namun dia dan Teuku Ryan hanya diwakili peguam masing-masing.
Peguam aktor terbabit, Dedy Rizal Armidi berkata, anak guamnya masih mahu memujuk Ria kerana yakin hati wanita berkenaan masih boleh dilembutkan.
Malah pasangan terbabit dikatakan dalam proses bermediasi di luar persidangan bagi mencari kata sepakat walaupun perceraian telah difailkan.
“Komitmen kami adalah untuk mencari perdamaian seperti diingini anak guam saya. Pada akhirnya kemahuan Teuku Ryan adalah untuk kembali dengan isterinya,” katanya.
Sebelum ini Ria didakwa meminta cerai berikutan tiada nafkah batin terutama sejak melahirkan anak sulung mereka sejak setahun lalu.