fbpx

Selangor antara negeri dilanda ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri, petang ini.

Menurut kenyataan di laman Facebook, cuaca buruk berkenaan dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam.

“Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda Hulu Langat dan Sepang, Selangor serta di Seremban, Port Dickson dan Rembau, Negeri Sembilan.

“Cuaca sama turut melibatkan di Melaka terutamanya di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah,” katanya.

Dalam pada itu, hujan lebat dan ribut petir turut diramal di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI