fbpx

Proses air ketum di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Kota Marudu menyerbu sebuah rumah di Kampung Ongkilan yang menjadi tempat memproses dan mengedar air ketum kelmarin. Foto Ihsan Polis

KOTA MARUDU – Polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Ongkilan yang menjadi tempat memproses dan mengedar air ketum kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, serbuan dijalankan selepas rumah berkenaan disyaki terbabit dengan kegiatan memproses dan mengedar air ketum.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan dengan disaksikan sendiri pemilik rumah, pihak polis menemukan 19 pek plastik lutsinar mengandungi serbuk hijau dipercayai serbuk ketum.

“Turut ditemukan 18 botol bersamaan 1.5 liter mengandungi cecair berwarna coklat dipercayai air ketum. Pasukan sebuan merampas termasuklah peralatan-peralatan yant digunakan untuk memproses dan memasak air ketuk,” katanya dalam satu kenyataan.

Zairolnizal berkata, pasukan serbuan turut merampas wang tunai berjumlah RM400.

“Pemilik rumah seorang lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan. Polis juga sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui nilai pasaran bahan terlarang ini.

“Suspek direman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI