fbpx

Perompak bersenjata ‘kebas’ 20 tisu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua perompak melarikan 20 pek tisu berjenama dari sebuah kedai di New York, semalam. - Foto New York Post

NEW YORK – Dua perompak bersenjatakan pisau melarikan 20 pek tisu yang berharga lebih AS$200 (RM93.65) dari sebuah kedai ubat-ubatan semalam, lapor akhbar New York Post.

“Kedua-dua mereka masuk ke kedai itu di Lexington Avenue berhampiran East 87th Street sekitar pukul 10.20 pagi (waktu tempatan),” kata polis.

Menurut pihak berkuasa, apabila seorang pekerja meminta kedua-dua perompak keluar dari kedai tersebut, salah seorang daripada mereka mengancamnya dengan pisau.

Mereka kemudian melarikan diri bersama-sama kesemua pek tisu yang berharga AS$227 (RM936.50) dan menuju ke stesen kereta api No. 6, kata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, polis masih tidak mengesahkan sebarang penahanan menjelang tengah hari tetapi gambar yang dirakam oleh jurugambar New York Post menunjukkan polis menahan seorang lelaki dengan beberapa pek tisu berjenama yang dicuri di sampingnya.

Sumber penguat kuasa undang-undang berkata, pencuri bersenjatakan pisau itu tidak berada dalam tahanan tetapi rakan subahatnya yang merupakan seorang gelandangan, telah ditahan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI