fbpx

Penjawat awam Perak dapat bonus raya RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (tengah) memotong pulut kuning sempena meraikan ulang tahun hari kelahirannya yang ke-63 dalam Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Ipoh, malam ini.

IPOH – Kerajaan Perak mengumumkan bantuan khas raya 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan khas kepada semua penjawat awam negeri Perak itu termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.

Tambahnya, buat julung kalinya juga, bantuan khas itu turut dipanjangkan kepada semua 995 ketua kampung di seluruh negeri.

“Ia babitkan peruntukan sebanyak RM8.8 juta dan akan memanfaatkan 8,804 penerima,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI