fbpx

Mikha Tambayong fobia, geli dengan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIKHA TAMBAYONG

DIKENALI dengan bakat nyanyian luar biasa, Mikha Tambayong yang merupakan anak tunggal pasangan penyanyi Michael Tambayong dan Deva Tambayong nyata mempunyai beberapa kelemahan, terutama perangai pelik yang mungkin tidaj terjangkau dalam fikiran kebanyakan orang.

Anak seni yang mengikuti program pendek di Universiti Harvard itu mengakui mempunyai fobia iaitu takut melihat ayam yang disifatkan sebagai perkara yang amat menyeramkan.

Menurutnya, ramai tertanya-tanya punca dia begitu takut terhadap hidupan comel tersebut sehingga lebih selesa menyimpan kemas perkara berkenaan agar tidak diketahui orang lain.

Isteri kepada pelakon dan hos popular Deva Mahenra itu mendedahkan dia sendiri tidak sedar bagaimana fobia ayam bermula memandangkan sejak kecil dia sudah  takut melihat ayam yang masih hidup atau mati.

Lantaran takut dan geli, Mikha juga tidak mengambil apa sahaja masakan ayam yang masih bertulang, kecuali daging ayam atau yang telah diproses.

Mikha yang juga pelakon filem Promise iti berharap tiada sesiapa yang mengusiknya dengan ayam kerana dia boleh pitam andai dikejutkan dengan haiwan terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI