fbpx

Mayat lelaki dipercayai salah seorang pemancing hilang ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki dipercayai salah seorang mangsa yang dilaporkan hilang bersama seorang rakannya di laut Membatu, Pulau Gaya dan Pulau Baik, Sabtu lalu ditemui terdampar di Pulau Gaya, Semporna semalam. - Foto IHSAN BOMBA

LAHAD DATU – Mayat lelaki dipercayai salah seorang mangsa yang dilaporkan hilang bersama seorang rakannya di laut Membatu, Pulau Gaya dan Pulau Baik, Sabtu lalu ditemui terdampar di Pulau Gaya, Semporna semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa ditemui oleh orang awam di Pulau Gaya, Semporna pada pukul 12.30 tengah malam.

“Bagaimanapun, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan sama ada mayat berkenaan adalah kemungkinan lelaki yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu.

“Operasi SAR kemudiannya diteruskan bagi pencarian mangsa kedua. Pencarian dijalankan di pesisir pantai dari Kampung Makuau menuju ke Kampung Bakapit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, setakat petang semalam mangsa kedua belum ditemui dan operasi ditangguhkan pada pukul 5 petang, serta akan disambung pada hari ini.

Terdahulu, dua lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika memancing di perairan Membatu, Pulau Gaya dan Pulau Bait pada Sabtu lalu.

Mangsa Jufli Sahuddin, 43, dan Amran Kalu, 45, disedari hilang apabila kedua-dua mereka gagal dihubungi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI