fbpx

Masih merangkak, jadikan al-Quran sahabat baik – Lisa Surihani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lisa mengakui bacaan al-Quran dirinya masih pada tahap 'merangkak' namun itu tidak menghalangnya untuk terus mendalami agama.

PETALING JAYA – Mengakui bahawa bacaan al-Quran masih dalam kategori merangkak, pelakon Datin Lisa Surihani mendedahkan pernah menolak tawaran sebagai artis undangan bagi program mengaji.

Menurut Lisa atau nama penuhnya Lisa Surihani Mohamed, 37, undangan tersebut sudah beberapa kali ditolak namun hatinya terbuka pada tahun ini dan berpendapat program tersebut ibarat kelas mengaji buatnya.

“Memang berdebar sebab hubungan saya dengan al-Quran dalam kategori yang saya anggap sebagai merangkak.

“Sudah beberapa tahun dijemput tetapi saya menolak dengan dengan baik sebab segan risau apa orang cakap.

“Namun, tidak tahu kenapa terbuka hati tahun ini untuk terima dan saya anggap pengalaman seperti masuk kelas mengaji,” katanya yang bakal muncul dalam program Jom Khatam menerusi saluran Astro Oasis.

Tambah isteri kepada pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim itu, demi ibadahnya pada Allah, dia terbuka dengan segala tanggapan orang ramai mengenai tahap bacaan al-Qurannya dalam program tersbeut.

Meskipun begitu, dia juga berharap usahanya yang tidak pernah berhenti belajar memperbaiki bacaan al-Quran walaupun memiliki kekurangan dapat menjadi inspirasi kepada ramai individu di luar sana.

“Saya pergi dan belajar mengaji dengan qari. Dari segi tanggapan, saya letak tepi dan doa semoga Allah terima dan reda.

“Walaupun hubungan saya dengan al-Quran perlu banyak diperbaiki dan tambah baik, saya harap itu adalah jalan untuk mendapat reda Allah.

“Moga apa yang saya lakukan ini dapat inspirasi kepada semua pihak dan menolak tepi segala rasa segan untuk jadikan al-Quran sebagai sahabat baik,” ujarnya.

Sebelum ini, Lisa dalam Instagram pernah mengakui berat hati untuk menerima undangan dan mengaji dalam program televisyen kerana berasakan bacaannya kurang sempurna ditambah pula dengan pelat sebutan huruf ‘R’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI