fbpx

Hidang makanan tercemar, cef bertaraf Michelin dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marco Sacco dipenjara dua bulan dan 20 hari - DAILY STAR

ROM – Seorang cef bertaraf Michelin dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas menghidangkan makanan yang dijangkiti Norovirus kepada tetamu sebuah majlis perkahwinan, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Cef berasal dari Itali, Marco Sacco, 59, turut diarah membayar denda €21,073 (RM107,962) selepas beberapa orang jatuh sakit akibat makan kerang mentah dalam hidangan risotto di restoran Piccolo Lago di Verbania, Lake Maggiore pada 2021.

Tetamu dilaporkan mengalami loya, muntah-muntah dan sakit perut selepas makan hidangan itu malah ada yang dimasukkan ke hospital.

Sacco dan pengurus restoran, Raffaella Marchetti didakwa di sebuah mahkamah di Itali atas kecuaian dan perdagangan bahan makanan berbahaya.

Laporan menyatakan bahawa kerang yang diimport dari Perancis itu telah dijangkiti Norovirus sebelum Sacco memasukkannya ke dalam risotto. Ia kemudian dihidangkan secara mentah kepada tetamu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI