fbpx

EPL: Pochettino belum gembira menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON (tengah) membuka tirai jaringan ketika menewaskan Newcastle 3-2. – AFP

LONDON – Chelsea terus menghidupkan peluang dalam memburu kelayakan ke pentas Eropah musim depan selepas menang 3-2 ke atas Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Dalam aksi penuh mendebarkan itu, Chelsea meledak tiga jaringan menerusi Nicolas Jackson, Cole Palmer dan Mykhailo Mudryk, manakala gol Newcastle diperoleh menerusi Alexander Isak serta Jacob Murphy.

Pengurus The Blues, Mauricio Pochettino mengakui gembira dengan kemenangan tersebut, namun belum berpuas hati de­ngan keseluruhan prestasi yang menyaksikan para pemainnya melepaskan dua gol.

“Kami meraih tiga mata pada perlawanan hari ini dan ia sangat penting kepada pasukan. Kami menewaskan sebuah pasukan yang cukup baik, cuma sedikit kecewa kerana benteng pertahanan masih rapuh.

“Ini adalah kali pertama kami bermain menggunakan sistem pertahanan sebegini, mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Pemain-­pemain perlu lebih matang menjelang aksi seterusnya,” katanya.

Menerusi kemenangan itu, Chelsea kini semakin merapatkan jurang menerusi perbezaan empat mata dengan pasukan tangga ketujuh, West Ham Uni­ted yang menjanjikan slot ke Liga Konferens Europa.

“Pemain-pemain perlu terus bermain sebagai satu pasukan dan saya menyeru penyokong juga supaya jangan berhenti memberikan sokongan. Saya yakin Chelsea akan menamatkan saingan di kedudukan terbaik musim ini,” ujar Pochettino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI