fbpx

‘Bella minta diberikan kekuatan berdepan dugaan sekarang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIDI (kiri) mohon orang ramai mendoakan kakaknya, Bella Astillah kuat mendepani dugaan sekali lagi dicurangi suami.

PETALING JAYA – “Maaf, saya tak berada di kedudukan untuk bercakap tentang rumah tangga orang walaupun dia kakak saya.”

Demikian kata adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi atau nama sebenarnya, Dayang Nazilah Awang Astillah tentang usaha saudara kandungnya itu mahu bercerai dengan suami, Aliff Aziz.

Hari ini, Bella, 30, hadir ke mahkamah bagi sebutan pertama kes cerai dengan Aliff yang ditangkap khalwat bersama Ruhainies oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Didi memaklumkan, apa yang dilaporkan media bahawa Bella kini dalam proses bercerai adalah benar dan kakaknya itu nekad berbuat demikian setelah banyak kali dicurangi.

“Bella ada di sini dengan saya. Dia cuma minta diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan yang sedang berlaku dalam hidupnya sekarang.

“Lebih-lebih, saya tak berani cakap,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Bella memfailkan permohonan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, kelmarin.

Sebutan kali pertama berlangsung hari ini, apabila Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi, ditemani ibu Zarinah Astillah dan adiknya, Didi Astillah.

Bagaimanapun, kelibat Aliff, 33, tidak kelihatan.

Sebaik sebutan kali pertama kes berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI