fbpx

Program Ziarah Kasih Madani santuni mangsa kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Kamil (dua kanan) menyerahkan sumbangan kepada mangsa, Zul Izmal Mohd Bakir (dua kiri) selepas kediaman rumahnya hangus terbakar di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Selasih, Presint 17, hari ini. FOTO- FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Nasib menimpa tujuh beranak selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di sini, Jumaat lalu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang diwakili Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkesempatan menyantuni keluarga berkenaan di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Selasih, Presint 17, di sini.

Muhammad Kamil ketika ditemui berkata, Program Ziarah Kasih Madani ini adalah inisiatif dicetuskan Perdana Menteri sendiri bagi meringankan beban ditanggung mangsa.

“Hari ini saya mewakili Perdana Menteri untuk menghulurkan sedikit sumbangan dan bantuan kepada keluarga mangsa.

“Sumbangan ini adalah peruntukan khas oleh Perdana Menteri bagi meringankan beban ditanggung mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Katanya, Perdana Menteri turut menyampaikan pesanan kepada mangsa untuk sentiasa bersabar dan lebih banyak bantuan akan disalurkan oleh pihak-pihak lain.

Sementara itu, Muhammad Kamil berkata, Program Ziarah Kasih Madani ini telah dimulakan sejak tahun lalu dan ia digerakkan oleh setiausaha-setiausaha politik Perdana Menteri di seluruh negara.

Katanya, beliau berharap program sebegini dapat mendekatkan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri dengan rakyat yang ditimpa kesusahan.

“Ini ialah inisiatif oleh Perdana Menteri sendiri malah, beliau yang mengeluarkan arahan supaya turun menyantuni mangsa-mangsa ini,” ujarnya.

Katanya, antara bentuk bantuan disalurkan termasuk wang tunai dan keperluan perubatan seperti katil pesakit dan kerusi roda serta bantuan-bantuan lain yang tertakluk kepada keperluan mangsa. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI