fbpx

Pekerja besi buruk ugut tembak, bakar pos kawalan polis bantuan didenda RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja besi buruk didenda sebanyak RM3,500 di Mahkamah Majistret Bahau, selepas mengaku bersalah membuat ugutan jenayah ke atas seorang polis bantuan. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

JEMPOL – Seorang pekerja besi buruk didenda sebanyak RM3,500 di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membuat ugutan jenayah ke atas seorang polis bantuan.

Tertuduh, B.M. Krisnan, 56, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan ugutan jenayah dengan mengeluarkan perkataan ugutan di mana ‘saya tembak you dan bakar pos pengawal’ terhadap polis bantuan iaitu seorang lelaki yang kini berusia 20 tahun.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 7.15 petang di hadapan Pos Kawalan Polis Bantuan Ladang Sialang, Bahau, di sini, 28 Januari tahun lalu.

Pertuduhan dibaca bagi kesalahan yang boleh dihukum mengikut seksyen 506 kanun keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes di lokasi, masa dan tarikh yang sama, polis bantuan berkenaan yang sedang bertugas meminta tertuduh memakai topi keledar untuk memasuki kawasan ladang.

Tertuduh dalam keadaan mabuk telah memaki hamun polis bantuan yang bertugas dengan mengunakan perkataan yang kesat serta melakukan ugutan jenayah di mana akan menembak polis bantuan dan membakar pos pengawal.

Polis bantuan berkenaan telah merakam percakapan tertuduh ketika berdepan melalui rakaman audio.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri, manakala tertuduh diwakili peguam, Paul Krishnaraja.

Terdahulu, tertuduh melalui peguam merayu untuk diberikan denda paling minimum berikutan hanya bekerja sebagai penjual besi buruk dan mempunyai tanggungjawab menjaga dua orang kakak.

Menurutnya, salah seorang kakak merupakan orang kurang upaya (OKU) mental, manakala seorang lagi kakak sudah ditinggalkan ahli keluarga yang lain.

Farahidah kemudiannya memohon mahkamah untuk memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI