fbpx

Malaysia, Jerman sokong gencatan senjata kekal di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Olaf Schulz di Jerman. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Malaysia dan Jerman menyokong genjatan senjata kekal di Gaza, selain mempercepat bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kenyataan bersama Canselor Jerman, Olaf Schulz, turut meminta komuniti antarabangsa untuk menjadikan matlamat penyelesaian dua negara sebagai kenyataan.

“Sudah empat dekad kezaliman, rampasan, dan pengusiran rakyat Palestin. Mari kita bergerak ke hadapan.

“Saya bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Canselor mengenai penyelesaian akhir dua negara untuk memastikan wujudnya keamanan bagi kedua-dua negara dan bekerja bersama-sama untuk pembangunan ekonomi,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan hubungan Malaysia dengan Hamas boleh merosakkan hubungannya dengan negara lain, Anwar berkata, kedudukan dasar luar negara adalah konsisten.

“Kami tidak boleh menghapuskan 40 tahun kezaliman dan pengusiran yang menghasilkan kemarahan daripada pihak yang berkenaan. Hubungan kami dengan Hamas adalah sayap politik di Hamas. Kami tidak meminta maaf tentang hal itu.

“Kami mengiktiraf Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) jauh sebelum Eropah atau Amerika berbuat demikian, kerana kami percaya dasar apartheid harus ditentang. Jadi kami konsisten dengan dasar itu, bahawa kita harus memahami punca asalnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI