fbpx

Luqman Hakim, Annil dipanggil perkuat skuad B-23 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-23 negara bakal memulakan kem latihan pusat bermula 17 Mac ini. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Pemain negara yang berpangkalan di luar negara, Annil Vigneswaran dan Luqman Hakim Shamsudin telah dipanggil untuk perkuatkan skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan pada kalendar antarabangsa akan datang.

Annil yang mewakili kelab divisyen tiga Bundesliga, SV Waldhof Mannheim antara muka baharu dipanggil oleh ketua jurulatih, Juan Torres Garrido.

Sementara itu, Luqman yang kini bermain di Liga Jepun bersama Yokohama SCC turut memperkuatkan skuad muda Harimau Malaya yang kini dalam fasa persiapan terakhir sebelum mengharungi kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar pada April depan.

Selain Annil dan Luqman, Garrido turut memanggil 15 pemain lain untuk kem latihan pusat yang bermula Ahad ini.

Menerusi senarai pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 11 tambahan pemain B-23 yang ketika ini bersama skuad senior turut diletakkan dalam senarai pemain andai tidak diserapkan oleh Kim Pan-gon nanti.

Pada kempen Piala Asia B-23 nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan D dan akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April, diikuti aksi bertemu Vietnam 20 April dan Kuwait 23 April. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN