fbpx

Kod Etika Wartawan tidak sekat pengamal media bongkar skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sesi pertanyaan mengeri di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat hak wartawan dalam membuat laporan menerusi pelaksanaan Kod Etika Wartawan baharu.

Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, kebebasan media adalah teras utama yang bukan sahaja perlu disokong, malah perlu dimakmurkan lagi.

Menurutnya, setakat ini, tiada seorang wartawan pernah ditangkap atau disoal siasat pihak berkuasa kerana membuat laporan ataupun menerbitkan berita mengenai skandal yang besar.

“Sebagai seorang pemimpin yang memegang prinsip reformasi, saya dan pentadbiran ini tidak berhasrat untuk mengekang hak bersuara dan hak wartawan,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengenai jaminan kerajaan dalam memastikan Kod Etika Wartawan tidak akan mengekang pengamal media untuk melaporkan sesuatu skandal.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pemilikan kad perakuan media tidak menghalang seseorang daripada membuat laporan atau menulis berita.

“Sebagai contoh, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown tidak memiliki kad perakuan media, tetapi dia boleh menulis. Sesiapa sahaja boleh.

“Kad itu hanya diberikan kepada mereka yang ingin datang ke Parlimen, hadir ke majlis rasmi kerajaan sebagai contoh sambutan Hari Kebangsaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI