DIANGGAP sebagai ‘power couple’ dalam arena hiburan Bollywood, Amitabh Bachchan dan Jaya Bhaduri sentiasa menjadi idola pasangan lain.
Meniti laluan perjalanan yang panjang sebagai suami isteri sebaik disatukan pada 1973, perkahwinan bintang popular itu melalui suka suka seperti pasangan lain.
Di sebalik kebahagiaan bersama keluarga, Amitabh sebenarnya menyimpan sisi peribadi yang bukan lagi rahsia dalam kalangan penggiat seni.
Hubungan dengan heroin jelita, Rekha ketika mereka membintangi filem Do Anjanee sekitar 1976 antara yang tidak pernah hilang dalam ingatan ramai.
Mereka kerap berjumpa secara sembunyi biarpun isteri Amitabh sudah memberikan amaran malah hubungan itu hanya berakhir selepas Rekha berkahwin dengan ahli perniagaan dan tinggal di
London. Kisah berkaitan cinta tiga segi pernah dijadikan filem bertajuk Silsila, tetapi ironik mereka bertiga yang membintangi filem tersebut.