fbpx

Kemenangan Liverpool dirompak – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOKU (kiri) bernasib baik apabila terlepas sebarang hukuman walaupun menendang dada Mac Allister pada aksi EPL di Anfield lewat malam kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp kecewa kerana mendakwa pasukannya dinafikan sepakan penalti yang jelas ketika seri 1-1 dengan Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield lewat malam kelmarin.

Keputusan itu memberikan impak besar kepada The Reds apabila jatuh ke tangga kedua dan melepaskan pe­nguasaan di puncak liga kepada pencabar utama, Arsenal yang memiliki kelebihan perbezaan jaringan meskipun terikat 64 mata.

Klopp, 56, tanpa berselindung mengakui, pasukannya seperti dirompak kemenangan selepas dinafikan sepakan penalti terhadap kekasaran yang dilakukan oleh pemain sayap City, Jeremy Doku ke atas Alexis Mac Allister pada masa kecederaan.

“Menendangnya di bahagian dada (merujuk insiden kekasaran Doku ke atas Mac Allister). Adakah dia menyentuh bola dahulu? Mungkin ya, tetapi adakah ia membawa sebarang perubahan jika kakinya diangkat begitu tinggi?” katanya.

Pengendali dari Jerman itu turut meluahkan rasa berangnya apabila pengadil bertugas, Michael Oliver langsung tidak diarahkan untuk menilai insiden tersebut menerusi rakaman Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Saya tidak peduli apa orang kata, tetapi saya perlu bercakap mengenai perkara ini.
“Saya mengharapkan ada perubahan berlaku, jadi sekarang kita tunggu dan lihat kerana pemain-pemain sudah berjuang habis-habisan dalam aksi ini,” ­jelas Klopp.

Liverpool juga tidak bernasib baik apabila penjaga gol City, Ederson tidak diarahkan keluar padang apabila hanya dilayangkan kad kuning selepas mengasari Darwin Nunez dalam kotak penalti pada minit ke-47.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Mac Allister dengan menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk memadam jaringan City di separuh masa pertama yang dihasilkan oleh John Stones pada minit ke-23. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI