fbpx

Kareena Kapoor elak aktor ‘daring’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAREENA KAPOOR

DIKENALI sebagai pelakon yang bersikap terbuka, namun hakikatnya Kareena Kapoor pernah menolak untuk digandingkan dengan seorang aktor yang tidak disenanginya.

Perkara tersebut didedahkan Kareena ketika diundang berkongsi pengalaman dalam sebuah program televisyen sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya identiti aktor dimaksudkan.

Isteri kepada Saif Ali Khan itu bagaimanapun menyimpan kemas rahsia tersebut memandangkan perkara itu sudah lama berlalu.

Namun ada sumber mendakwa pelakon lelaki yang dimaksudkan adalah Emraan Hashmi.

Menurut sumber, keengganan Kareena bukan disebabkan Emraan pelakon baharu, sebaliknya lelaki itu terkenal dengan sikap ‘daring’ dan terlalu berani melakukan babak panas.

Sikap sebegitu sememangnya tidak selari dengan pendirian Kareena, lebih-lebih lagi berlakon dengan aktor yang gemarkan sensasi .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI