fbpx

Jemputan orang kenamaan, ahli politik, NGO ke sekolah perlu patuhi garis panduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina sewaktu lawatan kerja di SJKT Ladang Sagga, Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Jemputan orang kenamaan, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke sekolah dinasihatkan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga tiada halangan untuk kehadiran sesiapa sahaja ke program di sekolah terutamanya melibatkan pelajar dan murid sekiranya garis panduan berkenaan dipatuhi dan diikuti terlebih dahulu.

“Saya fikir ini ruang yang paling baik untuk saya tegaskan kembali bahawa apa saja jemputan untuk pergi ke program-program, menyertai aktiviti yang melibatkan orang kenamaan, ahli politik, NGO, mesti mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Kita ada garis panduan berkaitan jemputan tersebut dan ia mesti dipatuhi dan mendapat pengesahan serta kebenaran . Ada proses dia, jadi ikutlah proses itu. Kita (KPM) tiada halangan tapi mesti patuhi, kena semak garis panduan tersebut, dipatuhi atau pun tidak,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sagga, di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah yang mendakwa pelajar sekolah dihalang menghadiri program jika dirasmikan pemimpin negeri.

Fadhlina menegaskan lagi, dalam perkara tersebut, aspek keselamatan murid dan pelajar adalah paling diberikan keutamaan.

“Tiada isu, sekolah ini nombor satu yang perlu diingatkan adalah mengenai keselamatan anak-anak, keduanya adalah daripada segi kebenaran itu kena ada prosesnya, garis panduan dibuat adalah untuk dipatuhi, patuhi dan hormat proses tersebut,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lawatan berkenaan, Fadhlina berkata, menjadi komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan akses anak-anak kepada pendidikan akan terus terjamin.

“26 sekolah kita minta dapat (telah diluluskan untuk dibangunkan menerusi bajet sebelum ini) dan ini komitmen Kerajaan Madani. Akses (pendidikan) pada anak-anak terus terjamin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI