fbpx

Interaksi kerajaan, pelabur buka peluang besar untuk negara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) mengadakan pertemuan dengan lima pimpinan industri dan perniagaan di Jerman.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan lima pimpinan industri dan perniagaan dalam lawatan rasminya ke Jerman, hari ini.

Anwar dalam hantaran di Facebook berkata, antaranya Schott AG, X-FAB Silicon Foundries SE, Melexis, Airbus dan Infineon Technologies AG.

“Dalam pertemuan ini kesemua syarikat telah memberikan maklum balas terkait projek pelaburan mereka, malah ada yang menyatakan minat untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia,” katanya sebentar tadi.

Tambah Anwar, interaksi kerajaan dengan para pelabur seperti ini akan terus memberikan peluang yang besar buat negara untuk menarik lebih banyak pelaburan daripada Jerman atau negara sekitar Eropah.

Sementara itu, Anwar juga turut mengadakan mesyuarat meja bulat bersama pemimpin-pemimpin industri dan perniagaan meliputi pelbagai sektor yang berpusat di Jerman dan beroperasi di serata dunia terutamanya sekitar Eropah.

Ujarnya, antara syarikat yang terlibat adalah B. Braun GmbH, Siemens AG, Bayer AG, Airbus, DHL, Schott AG, Volkswagen dan Infineon Technologies AG.
Katanya, ruangan dan peluang digunakan untuk memberi jaminan kepada pemimpin-pemimpin industri dan perniagaan bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi terbaik dan pilihan untuk membuat pelaburan.
“Saya turut maklumkan bahawa Malaysia kekal terbuka dan menjamin peluang pelaburan yang progresif bagi pelabur-pelabur dari Jerman.
“Justeru, komitmen para pelabur amat dialukan bagi meningkatkan pelaburan ke Malaysia sekali gus membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI