fbpx

Ibu reda kepala bayi tertinggal dalam rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat Kesihatan menjelaskan bahawa bayi Mukarromah sudah meninggal dunia di dalam rahim kira-kira 10 hari sebelum dilahirkan. – iNews

JAKARTA – Seorang wanita di Bangkalan, wilayah Jawa Timur akur dan reda menerima kenyataan bahawa kepala bayinya terputus dan tertinggal di dalam rahim ketika proses kelahiran, lapor portal berita Okezone hari ini.

Mukarromah, 25, ketika menceritakan kejadian itu berkata, dia meminta bidan kampung memeriksa keadaan bayinya ketika kandungan memasuki usia sembilan bulan pada 4 Mac lalu.

Namun, bidan memberitahu bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan lemah dan kedudukan songsang.

Bidan sama kemudian mengarahkan Mukarromah pergi ke klinik kesihatan setempat untuk mendapatkan surat rujukan hospital.

Namun, dia terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama di klinik kesihatan sebelum surat rujukan dikeluarkan.

Setelah menunggu agak lama, seorang bidan klinik kesihatan memeriksa kandungan Mukarromah  dan mendapati bukaannya sudah mencapai ukuran4 sentimeter.

Wanita itu kemudian dipaksa melahirkan anak di klinik kesihatan tersebut, namun dengan keadaan kepala bayinya tertinggal di dalam rahim.

Susulan insiden itu, Mukarromah dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan kepala bayinya.

Mukarromah tidak menyatakan keadaan proses kelahiran tersebut sehingga menyebabkan kepala bayinya terputus.

Dalam pada itu, pejabat kesihatan daerah dalam satu kenyataan menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa bayi Mukarromah sudah meninggal dunia di dalam rahim kira-kira 10 hari sebelum dilahirkan.

Menurut kenyataan dikeluarkan, disebabkan sudah meninggal dunia dalam tempoh lebih seminggu, jasad bayi dalam kandungan wanita itu mula mereput.

Tambahnya lagi, perkara itu telah disampaikan kepada Mukarromah sebelum kejadian tersebut dan wanita berkenaan sedia maklum bahawa bayi dalam kandungannya sudah tidak bernyawa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI