fbpx

Hezbollah bedil lebih 100 roket ke arah Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan sistem pertahanan udara ‘Kubah Besi’ memintas roket Hezbollah di kawasan Har Dove, Israel pada 10 Mac lalu. – AFP

BEIRUT – Kumpulan Hezbollah membedil lebih 100 peluru roket ke arah kedudukan tentera Israel hari ini sebagai membalas serangan di timur Lebanon yang membunuh seorang mangsa semalam.

Hezbollah yang merupakan musuh ketat Israel, berbalas tembakan hampir setiap hari sejak perang Hamas-Israel tercetus di Gaza pada Oktober tahun lalu.

Serangan yang dilancarkan kedua-dua belah pihak sebahagian besarnya terhad kepada kawasan sempadan tetapi beberapa bedilah Israel mengenai kedudukan Hezbollah lebih jauh ke utara sejak beberapa minggu lalu.

Perkembangan itu meningkatkan kebimbangan konflik penuh akan meletus.

“Hezbollah melancarkan lebih 100 roket katyusha pagi ini ke arah dua pangkalan tentera Israel,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Semalam Israel membedil kawasan berdekatan bandar Baalbek di timur Lebanon, menyebabkan seorang terbunuh.

Pada 26 Februari lalu, serangan Israel yang menyasarkan Baalbek, sekitar 100 kilometer dari sempadan telah mengorbankan dua pejuang Hezbollah. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI