fbpx

Dua pemandu maut, dua lori bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN kemalangan maut melibatkan dua buah lori di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Maran hari ini.

MARAN – Dua lelaki maut selepas lori dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 67, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu mangsa, Nik Mohammad Zainudin M. Baki, 38, yang memandu lori muatan sawit dan Ismanizam Zulkanain Azmi, 22, meninggal dunia di lokasi tersebut.

Pemandu lori muatan sawit tersepit di dalam kenderaan, manakala pemandu lori penghantar barang pula tercampak keluar dari kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pemandu lori penghantar barang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Setibanya di lokasi, lori dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori muatan sawit.

“Akibat daripada kemalangan itu kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zamri, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Berdasarkan siasatan awal, punca kemalangan adalah akibat kecuaian pemandu lori penghantar barang yang gagal mengawal kenderaan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori muatan sawit,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI