fbpx

Doktor dituduh cabul pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Doktor di sebuah klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau hari ini, atas tuduhan mencabul pekerjanya di Bandar Baru Serting, bulan lalu. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

JEMPOL – Seorang doktor di sebuah klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, di sini hari ini atas tuduhan mencabul pekerjanya di Bandar Baru Serting, bulan lalu.

Tertuduh, Dr. Mohamad Amin Razaly, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh mencabul mangsa berusia 25 tahun dengan memegang tangan wanita itu dan meletakkan pada kemaluannya.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam di bilik rehat tingkat atas klinik swasta di Bandar Baru Serting pada 19 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Farahidah kemudiannya menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dan ahli keluarga dilarang untuk mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Dr. Mohamad Amin kemudiannya memohon agar wang jaminan dikurangkan atas sebab di luar kemampuannya selain mempunyai dua anak yang baru mula bersekolah serta bayi baharu lahir.

Menurutnya, dia juga kehilangan sumber pendapatan dan perniagaannya terpaksa ditutup serta tidak dapat menghasilkan pendapatan seperti sebelum ini.

Majistret kemudiannya membenarkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh dan keluarganya dilarang berhubung dan menganggu mangsa sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 29 April ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI