fbpx

Bulan Ramadan saya jual kuih raya – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA ASTILLAH

PETALING JAYA – Minat yang mendalam mendorong pelakon Bella Astillah memulakan bisnes menjual kuih raya sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Menurut Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, kesemu jenis kuih yang dijualnya adalah hasil turun temurun keluarganya.

“Saya memang suka buat kuih raya sejak kecil jadi tahun ini saya akan bisnes kuih raya.

“Saya buat semuanya dari air tangan sendiri tetapi mungkin bukan dalam kuantiti yang banyak.

“Antara jenis kuih yang saya buat ialah ada red velvet cookies dan batang buruk resipi sendiri yang sangat popular di Sabah dan berbeza seperti batang buruk di sini (Semenanjung),” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran Absolute Bazaar baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu berkata, selain sibuk menjual kuih raya, kerjayanya sebagai anak seni tetap berjalan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan.

“Kerja memang ada tetapi saya pun nak luangkan masa dengan anak.

“Persiapan raya lagi dan paling takut kalau dilakukan ‘last minute’. Kelam kabut, boleh pening dan demam dibuatnya,” ujarnya.

Ditanya mengenai lagu Diari Ramadan Rafique yang pasti menjadi siulan setiap kali bulan Ramadan, Bella berkata, dia ada perancangan untuk merakamkan semula lagu berkenaan memandangkan versi lama dirakam ketika usianya 12 tahun.

“Lagu itu sudah lama tetapi setiap kali bulan puasa mesti ada yang baru tahu bahawa sayalah penyanyinya sedangkan hampir setiap tahun viral.

“Saya merakam lagu itu ketika berusia 12 tahun. Jika ada kesempatan dan rezeki mungkin saya akan rekod semula lagu tersebut,” katanya lagi.

Terbaharu, nama Bella menjadi bualan hangat dalam media sosial sejak Sabtu lalu apabila Aliff ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominum mewah di ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI