fbpx

Anak Ridhuan Tee harap hidayah bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pernah terpalit kontroversi, pelakon Syafi Tee berharap terpilih menjadi insan bertuah menerima hidayah daripada Allah SWT pada bulan Ramadan tahun ini.

Syafi atau nama penuhnya Mohd. Syafi Mohd. Ridhuan Tee, 31, berkata, hidayah yang dinanti-nantikannya adalah sesuatu yang istimewa daripada Tuhan dan bukannya melalui manusia.

“Bulan Ramadan tahun ini, saya harap dapat hidayah. Saya tak harapkan perkara seperti berubah pakai kopiah selepas dapat hidayah.

“Bukan secara fizikal atau interpretasi daripada manusia saya harapkan tetapi lebih kepada definisi hidayah daripada Tuhan sendiri.

“Orang boleh cakap hidayah ialah perubahan tetapi berubah apa? Kemudian habis Ramadan, kau jadi seperti biasa semula dan tunggang terbalik. Sebab itu, Tuhan lebih tahu apa itu hidayah,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran drama Terlanjur Cinta terbitan Viu Malaysia baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia mendedahkan lebih gemar dan selesa menjalani sebarang aktiviti hariannya sendirian tanpa teman yang sudah dilakukannya terutama selepas dihambat kontroversi dia didakwa memeluk dan mencium kekasihnya sehingga tular dalam media sosial dua tahun lalu.

Katanya, bukan mengelak daripada bertemu orang atau berkawan tetapi percaya perkara tersebut mampu memberi impak positif buat dirinya.

“Saya tak keluar dengan orang atau melepak. Kalau pergi karaoke dan tengok wayang pun seorang. Saya buat semuanya sendiri.

“Bukan tak mahu berkawan tapi saya percaya, apabila saya buat benda sendiri, kita akan lebih fokus pada diri sendiri.

“Kalau banyak fokus dekat benda luar, kita tak ada masa nak fokus kepada diri sendiri. Kita banyak beri tenaga kita dekat luar dan asingkan diri, perlahan-lahan kita akan nampak perubahan pada diri kita,” ujarnya.

Sekitar tahun 2022, tular video dan foto memaparkan seorang lelaki didakwa mirip Syafi yang bercium dengan wanita sehingga mengundang kecaman ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI