fbpx

Allah tutup banyak sangat aib, dosa kita – Amira Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Amira Othman mengingatkan diri agar tidak menjaga tepi kain orang lain demi ketenangan hidup.

PETALING JAYA – Melihatkan pelbagai kontroversi yang menjengah dunia hiburan, penyanyi Amira Othman mengingatkan diri agar tidak menjaga tepi kain orang lain demi ketenangan hidup.

Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 31, mengambil langkah selamat kerana memahami cabaran hidup setiap orang selain mahu kehidupan tanpa masalah.

“Saya selalu pesan diri sendiri untuk tidak perlu ambil tahu urusan orang lain sebab mahukan ketenangan dalam hidup.

“Tidak mahu ‘kepochi’ (ambil tahu) hidup orang lain sebab kita semua ada ujian dan takdir yang berbeza,” katanya menerusi Instagram.

Sekiranya Amira mengetahui sebarang isu, dia memilih berdiam diri berbanding menjadi penyampai demi menjaga aib sendiri.

“Kalau terdengar pun hanya akan di situ sahaja. Tidak akan disampaikan sebab tak suka cerita saya disampai-sampaikan dan enggan buat kepada orang lain.

“Dunia sementara sahaja, tidak perlulah sibuk-sibuk kita aibkan sesama manusia. Allah tutup banyak sangat aib dan dosa kita,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut dibuat selepas pelantun lagu Jaga-Jaga itu terlihat satu ciapan X mengenai kenyataan seorang pendakwah Indonesia iaitu Ustaz Hanan Attaki.

“Jangan mendengar yang tidak perlu didengar, jangan melihat yang tidak perluu dilihat dan jangan pernah cari tahu yang tidak perlu kita tahu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI